Monday, January 31, 2011

tompok adalah sahabat ku



Inilah kenderaan kesayangan saya . Lama dah beli keta nie .. dah nak habis bayar dah keta nie .. hehehe .. saja keluar kan topik nie. kira warmup la dah lama tak bukak blog nie. Kami sekeluarga meletakkan nama kereta kami dengan nama tompok.. letak nama tu sebab kereta nie ade kesan tompok kat bonet depan. Kesan tu berlaku pada hari pertama keluar kereta . sampai sekarang tak bercat lagi tengah kumpul duit nak cat nie .. tapi dah bertahun gak la kesan tu harap dapat menukar nya nanti .... kira ni lah harta pertama yang ku beli hasil kerja tetap .Banyak la kenangan dengan kereta nie , dari bujang sampai la dah nak tunggu anak kedua nie , dari perlis sampai ke johor la merantau. walaupon tak la semahal mane tapi ku tetap sayang kenderaan ku ini .heheh yang kat bawah tu pulak gambar aksi puteri kesayangan ku sedang memandu uji jentera hebat ini..... (hebat ke.... hehehhe). Memang selalu la kalau nak berjalan mesti dia nak test drive dulu sampai sekarang la























dia mesti duduk kat situ sampai 5 minit jugak la. Kira dia anggap sebagai rutin die la sampai ke besar jugak la. Sampai mintak nak bawak keta la sekarang nie huhuhu. Seronok jugak la bila teringat kisah nya. Oh lupalak tompok ni adalah sejenis kereta keluar syarikat kereta nasional..... hehhe Proton wira, rasa ramai orang tahu.... Ala kira support barang buatan Malaysia la .... ok lah nanti saya akan ceritakan lagi tentang si tompok nie . saya diharap berjumpa lagi . akan saya letakkan sedikit gambar lagi. "diketuk ketuk si buah duku, wahai si tompok ku sayang kamu" hehe jumpa lagi next artikel....